Followers

Tuesday, 4 October 2016

SETIAP MUSLIM ITU BERSAUDARArA


  • Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah juga tidak akan menyayanginya.
  • Rasulullah SAW bersabda, Apabila seseorang di antara kalian menjadi imam solat, hendaklah dia meringankan solatnya, kerana di antara mereka ada yang lemah, sakit dan ibu bapa. Jika dia solat sendirian, maka panjangkanlah solat sesuka hatinya.
  • Rasulullah SAW bersabda, Ketika aku hendak mengerjakan solat, aku ingin memanjangkan bacaanku di dalam solat. Lantas aku terdengar tangisan anak kecil lalu aku pun mempercepatkan solat. Aku khuatir akan menambahkan beban ibu anak tersebut.
  • Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang mengerjakan solat Subuh bererti dia berada dalam jaminan Allah. Jangan sampai Allah meminta kembali jaminan itu, kerana apabila Allah meminta jaminan-Nya, Dia akan mencampakkannya ke dalam neraka 
  • Rasulullah SAW bersabda, Setiap Muslim adalah bersaudara, hendaklah dia tidak menzalimi dan menyakiti saudaranya. Barang siapa yang membantu saudaranya, Allah akan membantunya. Barang siapa yang meringankan beban saudaranya, Allah akan meringankan bebannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, kelak Allah menutupi aibnya pada hari Kiamat nanti.
  • Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, Allah telah mengharamkan dirinya dari api neraka.

No comments:

Post a Comment