Followers

Monday, 24 October 2016

DERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA


  • Rasulullah SAW bersabda, Apabila kalian berbuka puasa, berbukalah dengan kurma kerana ada keberkatan di dalamnya. Jika tidak ada, berbukalah dengan air kerana air itu suci. Rasulullah SAW juga bersabda, Sedekah kepada orang miskin nilai satu pahala, sedangkah sedekah untuk saudara nilainya dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim.

  • Rasulullah SAW bersabda," Mahukah aku beritahu pada kalian dosa yang paling besar?"Rasulullah mengulangi sampai tiga kali. Kami menjawab, "Ya Rasulullah."Rasulullah SAW pun bersabda," Iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada kedua ibu bapa." Kemudian baginda duduk tegap dan bersabda,"Ingatlah juga perkata dusta dan kesaksian palsu.Rasulullah berulang kali mengatakan hal itu hingga kami berkata," Kalaulah dia tidak mengatakannya."

  • Rasulullah SAW bersabda, Beberapa perkara yang termasuk di dalamnya dosa-dosa besar iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang tanpa hak dan melakukan sumpah palsu. 

  • Rasulullah SAW bersabda," Salah satu antara dosa besar ialah mencaci kedua ibu bapa." Para sahabat bertanya,"Rasulullah, apakah maksudnya?" Rasullah SAW menjawab,"Jika seseorang yang ayahnya dicaci orang lain lalu dia membalasnya dengan perkara yang sama. Jika ibunya dicaci orang lain, dia pun membalas dengan cacian yang sama."

  • Rasulullah SAW bersabda,"Tidak akan masuk syurga orang yang memutus sesuatu." Dalam riwayatnya, Sufyan berkata, "Ia bermaksud orang yang memutus hubungan tali kekeluargaan."

  • Rasulullah SAW bersabda, Perbuatan yang paling baik ialah perbuatan seseorang yang menyambung hubungan tali kekeluargaan dengan orang-orang yang dikasihi ayahnya.

Beberapa perkara yang termasuk di dalamnya dosa-dosa besar iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang tanpa hak dan melakukan sumpah palsu

No comments:

Post a Comment