Followers

Monday, 10 October 2016

PEGANGLAH ERAT-ERAT SUNAH RASUL


  • Rasulullah SAW  bersabda,Dengarlah apa yang akan aku tinggalkan kepada kalian. Sesungguhnya umat sebelum kalian telah binasa kerana terlalu banyak bertanya dan kerana perselisihan terhadap nabi-nabi mereka. Maka jika aku melarang kalian untuk melakukan sesuatu jauhilah! Jika aku memerintahkannya, kerjakanlah semampu kalian!
  • Rasulullah SAW bersabda, Aku mewasiatkan agar kalian bertakwa kepada Allah, serta mendengarkan dan taat kepada pemimpin kalian meskipun dia seorang hamba dari negeri Ethiopia. Kalian yang hidup setelah masaku, akan melihat banyak perselisihan yang terjadi. Maka, hendaklah kalian mengikut sunahku dan sunah para Khulafa ar-Rasyidin. Peganglah erat-erat sunah-sunah itu dan jauhkan bidaah(perkara baru), kerana setiap bidaah itu sesat.
  • Rasulullah SAW bersabda,"Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang membangkang." Seseorang bertanya,"Siapa orang yang membangkang itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab, "Barang siapa yang taat kepadaku, dia akan masuk syurga. Dan barang siapa yang derhaka kepadaku dialah orang yang membangkang!"
  • Rasulullah SAW bersabda, Sungguh kalian meluruskan barisan-barisan atau sebaliknya Allah akan berpaling dari wajah-wajah kalian!
  • Rasulullah SAW bersabda,"Di antara dosa yang terbesar ialah mengutuk kedua ibu bapanya." Seseorang bertanya,"Rasulullah bagaimana mungkin seseorang itu mengutuk kedua ibu bapanya? Rasulullah SAW menjawab,"Jika seseorang mencaci ayah orang lain, maka bererti dia mencaci ayahnya sendiri dan jika dia mencaci ibu orang lain, maka bererti dia mencaci ibunya sendiri."

Jika seseorang mencaci ayah orang lain, maka bererti dia mencaci ayahnya sendiri dan jika dia mencaci ibu orang lain, maka bererti dia mencaci ibunya sendiri

No comments:

Post a Comment