Umar bin Khattab bercerita, "Pada suatu hari kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapan kami. Dia memakai pakaian putih dan berambut hitam pekat. Tidak terdapat padanya tanda-tanda perjalanan dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya. Lalu orang itu duduk di hadapan Nabi SAW dengan berlaga kedua lututnya dengan kedua lutut Nabi sambil meletakkan kedua telapak tangannya dia tas kedua peha Nabi. Kemudian dia berkata, 'Wahai Muhama, khabarkanlah padaku tentang Islam?' Rasulullah SAW menjawab , ' Islam ialah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, lalu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi yang mampu.' Orang itu berkata, "Engkau benar.' Kami merasa hairan kerana orang itu bertanya, namun dia membenarkannya, Orang itu berkata lagi, 'Khabarkan kepadaku apa itu Iman?' Rasulullah SAW pun menjawab, ' Iman ialah percaya kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,para rasul-Nya, hari akhirat dan takdir Allah yang baik mahupun buruk. Orang itu berkata,"Engkau benar.' Lalu dia bertanya lagi, 'Khabarkan kepadaku tentang Ihsan? 'Rasulullah SAW menjawab,'Ihsan alah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya tetapi jika engkau tidak mampu melihat-Nya, yakinlah bahawa Dia melihatmu." Orang itu bertanya lagi, 'Khabarkan kepadaku tentang hari Kiamat?' Rasulullah SAW menjawab, "(iaitu) seorang perempuan yang melahirkan (anak-anak) majikan, pengembala yang berbangga dalam bangunan yang indah dan mewah." Setelah itu, dia pun berkata, ' Wahai, Umar tahukah engkau siapakah orang yang bertanya itu?' Aku menjawab 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.' Rasulullah SAW menyambung, 'Dia adalah Malaikat Jibril yang datang memberi pelajaran tentang agama kepada kalian."
"Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya tetapi jika engkau tidak mampu melihat-Nya, yakinlah bahawa Dia melihatmu"
No comments:
Post a Comment