Followers

Monday, 3 October 2016

JIHAD, TAWAKAL DAN TAUBAT


  • Rasulullah SAW bersabda, Orang-orang yang berperang untuk menegan agama Allah itu berada dijalan Allah 
  • Rasulullah SAW bersabda, Allah lebih menyukai hamba-Nya yang bertaubat dari seseorang di antara kalian yang berada di atas kudanya. Ketika itu dia sedang berada di suatu kawasan yang tandus, tiba-tiba kudanya terlepas bersama makanan dan minuman yang dibawanya. Dengan rasa putus asa, dia menghampiri sebuah pohon kemudian berbaring di bawah rendangnya. Sungguh, dia benar-benar putus asa atas kehilangan kuda dan bekalan yang ada padanya. Setelah beberapa ketika, tiba-tiba kudanya berada di sampingnya. Lantas dia pun mengambil tali untuk mengikat kudanya. Di sebabkan terlalu gembira dia berkata, "Ya Allah, Engkau ialah hamba-Ku dan aku ialah Tuhanmu." Ketahuilah orang itu berkata perkara yang salah kerana terlalu gembira.

Seseorang wanita dari suku Juhainah pernah berjumpa Rasulullah SAW dalam keadaan hamil selepas berzina.Dia brkata,"Rasulullah, aku telah berzina dan aku perlu dikenakan had(hukuman), laksanakanlah hukuman itu padaku!" Rasulullah SAW pun memanggil penjaganya, kemudian berkata, " Bersikaap baiklah kepadanya. Jika dia telah melahirkan anak, bawalah dia berjumpa denganku." Maka penjaganya pun melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah. Setelah tiba waktunya, Rasulullah memerintahkan agar wanita itu mengetatkan  pakaiannya, lalu dia direjam. Kemudian Rasulullah mensolatkannya. Umar berkata, "Rasulullah, mengapa engkau mensolatkannya, bukankah  dia telah berzina." Rasulullah berkata, " Ketahuilah dia telah bertaubat dengan taubat yang jika dibahagikan untuk tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya taubat itu cukup untuk mereka semua. Adakah akau pernah bertemu dengan orang yang lebih utama dari orang yang menyerahkan diri kepada Allah SWT ?"



 Ketahuilah dia telah bertaubat dengan taubat yang jika dibahagikan untuk tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya taubat itu cukup untuk mereka semua. Adakah akau pernah bertemu dengan orang yang lebih utama dari orang yang menyerahkan diri kepada Allah SWT ?

No comments:

Post a Comment