Followers

Tuesday, 4 October 2016

JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU


  • Rasulullah SAW bersabda, Dua orang sedang berusan jual beli akan mendapat khiyar(hak pengesahan atau pembatan jual beli) selama mana mereka belum berpisah. Jika kedua mereka saling jujur dan berterus-terang, maka urusannya dipenuhi keberkatan. Tetapi jika mereka saling menyembunyikan sesuatu dan berdusta, maka keberkatannya akan terhapus.
  • Rasulullah SAW bersabda, Bertakwalah kepada Allah di mana kamu berada, ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya perbuatan baik akan menghapuskan perbuatan buruk itu dan gaulillah manusia dengan akhlak yang baik.
  • Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ibnu 'Abbas, Wahai anak, aku ingin mengajar beberapa kalimah kepadamu: Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah  Allah, nescaya engkau mendapati Allah berada di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh manusia bersatu untuk memberi manfaat kepadamu, mereka tidak mampu memberikannya kecuali dengan izin Allah, jika mereka bersatu untuk memudaratkanmu, mereka juga tidak mampu melakukannya kecuali yang telah ditetapkan Allah. Pena telah diangkat dan lembaran(ketentuan Allah) telah ditetapkan 
  • Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT Maha cemburu dan kecemburuan Allah SWT itu ialah apabila seseorang manusia mendatangi atau mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah atasnya
  • Rasulullah SAW bersabda, Orang pintar ialah barang siapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah barang siapa membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah

Orang yang pintar ialah barang siapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah barang siapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah

No comments:

Post a Comment