- Rasulullah SAW bersabda, Barang siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari tempat tenggelamnya, maka Allah akan menerima taubatnya.
- Rasulullah SAW bersabda, Seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepada seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab:Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa berputus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepada seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah SWT bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu ada Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada dipertengah jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah SWT. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak diantara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari tempat tenggelamnya, maka Allah akan menerima taubatnya
No comments:
Post a Comment