Walaupun ia panas membahang tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.
Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:
- Sabar dalam menunaikan perintah Allah
- Sabar dalam meninggalkan larangan Allah
- Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.
Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah. Dengan sabar kita akan mendapat kebahagia di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.
Marilah kita perincikan ketiga-tiga peringkat sabar itu
SABAR DALAM MENTAATI PERINTAH ALLAH
-Usaha melakukan ketaatan samalah seperti "berperang" denagn diri sendiri. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat- pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan. Walau betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana mengharapkan manisnya syurga.
Surah Taha 20:132
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa.
Kalau kita benar-benar mengharapkan syurga, sabarlah dalam menempuh jalan ketaatan ini sepertimana sabarnya Rasulullah SAW dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin syurga. Mereka rela berkorband dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan Allah. mereka sanggup meninggalkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati Allah dan Rasul.
Untuk "bersama" berada di jalan mereka, renungilah perintah Allah ini, mafhumnya:" Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharpakan keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpalaing daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melampaui batas."(Surah al-Kahfi 18:28)
Bukan mudah untuk mencari rezeki yang benar-benar halal akhir zaman ini. Apabila kita menolak riba, pendedahan aurat, rasuah, judiarak daripada sumber-sumber yang haram dan syubhah, besar kemungkinan kita tidak dapat merebut pelauang mengaut kekayaan atau terlambat untuk menikmati kesenangan.
Namun hendaknya kita tetap menahan diri (sabar) kerana mengenangkan sabda Rasulullah SAW ini, maksudnya: "Janganlah kamu merasakan bahawa rezekimu lambat datangnya, kerana sesungguhnya seorang hamba akan mati sehingga datang kepada rezeki yang terakhir (yang ditentukan untuknya), maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yakni dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram". (Riwayat al-Hakim)
SABAR MENINGGALKAN MAKSIAT
-Contohnya, untuk meninggalkan perbuatan mengumpat kelihat lebih susah berbanding memberi nasihat untuk meningggalkan perbuatan mengumpat. Untuk meninggalkan mengumpat kita hanya perlu "berdiam" diri, sedangkan untuk memberi nasihat kita perlu mengeluarkan tenaga dan usaha untuk berkata-kata, mencari bahan, ruang dan masa.
Namun hakikatnay, meninggalkan perbuatan mengumpat lebih paya daripada memberi nasihat kerana ia sangat disukai oleh hawa nafsu.M Menceritakan aib orang lain lebih menyeronokkan daripada mengenang aib diri. Malah sering kali kita bercerita tenatang kelemahan orang lain dibelakangnya untuk menunjukkan kelebihan diri kita.
No comments:
Post a Comment