Followers

Wednesday, 31 December 2014

KASIH SAHABAT

Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan
walau ku terkadang alpa akan teman yang merapati 
namun kini segalanya sunyi... 
tika kita tidak lagi bersua...
membisikkan kata-kata jua gurau senda
hanya  imbauan menjadi nostalgia. 

Pernah dulu kita berhalaqah 
bermusyawarah bincang isu semasa
berdebat menahan hujah jua agenda. 

Kita menyedari dan menyelami 
pahit manis susah payah perjalanan ini 
kita timba segalanya bersama 
dengan satu fikrah satu amali 
kita kutip mutiara kata
dari kita  mulia jua hadis Nabi 
jadi pedoman pergukuh ikatan 
penghalang dari segala kesesatan. 

Kini segalanya berlalu...
tinggal masa dan saatnya lagi.
andai kita terpisah kerana ukhuwah fillah 
pasti di sana kita bertemu dengan kasihnya....
seorang SAHABAT!


ANIS MEI 2008

No comments:

Post a Comment