Followers

Wednesday, 31 December 2014

CONTOH-CONTOH MASALAH KHILAFIAH


  1. Membaca doa Qunut 
  2. Sembahyang sunat qabliah Maghrib 
  3. Sembahyang sunat qabliah Jumaat 
  4. Talqin mayat setelah dikebumikan 
  5. Bacaan Al-Quran dan tahlil yang dihadiahkan pahalanya kepada si mati
  6. Fidyah sembahyang 
  7. Berwirid secara jemaah selepas sembahyang fardu 
  8. Batal wuduk dengan sebab sentuhan lelaki dan perempuan yang harus dikahwini 
  9. Membaca 'usalli' atau melafazkan niat sebelum takbir solat 
  10. Bilangan rakaat solat Sunat Tarawih - 20 atau lapan 
  11. Membaca surah Yasin pada malam Jumaat 
  12. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW
  13. Membaca 'Sayyidina' dalam selawat 
  14. Imam berdoa lepas solat berjemaah dan makmun mengaminkannya.

Untuk memelihara ukhuwah dalam berkhilaf, beliau menyenaraikan asas-asas akhlak bagi memahami perbezaan pendapat:

  1. Hendaklah ikhlas dan sunyikan diri daripada mengikut hawa nafsu 
  2. Bebaskan diri daripada bersikap taksub dan fanatik kepada orang perseorangan, mazhab dan kelompok.
  3. Bersangka baik kepada orang lain.
  4. Tinggalkan amalan mencela dan mencerca mereka yang berbeza pandangan dengan kita. 
  5. Jauhkan diri daripada bertengkar dan berlawan dengan keras dalam perbalahan 
  6. Berdialog dengan cara yang baik.

No comments:

Post a Comment