- Written by Mya Zoolkefely
- Published: 15 January 2014
- Hits: 2869

Memikat
hati mertua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutamanya hati ibu
pasangan anda. Lebih memeningkan jika pasangan anda itu merupakan anak
pertama/sulung atau anak tunggal. Menjadi orang baru di dalam sebuah
instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari
rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut rentak anda
sahaja. Maklumlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya sahaja,
tetapi kita turut serta berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Di
sini, admin akan kongsikan tips untuk anda memikat hati bakal ibu mertua
anda.
Tips
pertama adalah kenali rentak ibu pasangan anda. Risiklah apa yang perlu
daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu
pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri
berbual tips masakan bersama ibu pasangan anda. Jika minatnya pula lebih
kepada membeli-belah, luangkan masa anda bersama-sama membeli-belah
ataupun boleh juga jika anda berbicara tentang jenama yang bakal ibu
mertua anda minati.
Tips
kedua adalah ringankan tangan menolong jika anda menziarahi mereka
seperti mencuci pinggan dan sebagainya. Atau paling ringkas yang anda
boleh lakukan adalah belikan sesuatu jika anda mengunjungi mereka.
Seperti buah-buahan, kuih-muih, kek dan sebagainya. Mudah bukan? Bukan
perlu berbelanja besar, cukuplah sekadar membeli apa yang patut.
Terapkan nilai murni, adab menziarahi dalam diri, mudah-mudahan lembut
hati bakal ibu mertua anda yang melihatkan anda keperibadian anda yang
tidak berkira.

Berpakaian
sopan, itu adalah tips ketiga yang perlu dititikberatkan oleh pasangan
di luar sana. Terutamanya ketika anda menziarahi mereka. Pakailah
pakaian sopan, kemas dan bersih. Untuk gadis di luar sana, pakailah
pakaian yang menutup aurat dan manis dipandang mata. Manakala untuk
lelaki, kemas serta rapikan penampilan anda agar tidak dilihat selekeh
dan serabai. Tips penting, elakkanlah dari memakai seluar pendek pula
bagi lelaki, dan baju ketat pula untuk perempuan.
Seterusnya
pula adalah berkelakuan sopan antara anda dan pasangan di hadapan bakal
ibu mertua anda. Tunjukkan rasa hormat anda terhadapnya. Manakala
antara tips pendek lain yang boleh admin kongsikan dengan pembaca
sekalian antaranya adalah ringankan mulut anda hubungi bakal ibu mertua
anda. Tanyakan khabar mereka, dan jika anda memerlukan pandangan dan
pendapat, kongsikan serta tanyakan lah pada mereka. Supaya hati bakal
ibu mertua anda rasakan diri mereka diperlukan.
Ini
adalah tips-tips yang boleh admin kongsikan dengan pembaca berkenaan
topik memikat hati bakal ibu mertua. Tips-tips ini boleh diaplikasikan
untuk kedua-dua belah pihak. Semoga dengan tips ini, anda berjaya
memikat hati bakal ibu mertua anda. Silap haribulan, anda menjadi
menantu pilihan!
Semoga berjaya semua!
No comments:
Post a Comment