ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
hai you olz. tadi muja tengok tv and terpikey, drama melayu selalu buat cerita lebih kurang macam ni:
Lelaki suka kat kawan baik perempuan. Lelaki ni selalu tolong usaha dapatkan apa sahaja yang perempuan ni nak. kita yang menonton ni memang dah nampak sangat dah lelaki ni suka kat perempuan ni, tetapi yang si perempuan ni dok nampak lelaki lain. pastu timbul lak wanita lain yang menjadi tempat lelaki ni meluahkan rasa sedih bila tak dapat luahkan perasaan dia sedang lelaki ini juga tak sedar perempuan kedua ni suka kat dia.
contoh cerita: kuch kuch hota hai , kelas kau maria. so, untuk entry
kali ni, muja nak kongsi macam mana nak kenal lelaki yang sedang jatuh
cinta. cinta sebenar adalah melihat orang yang kita cinta bahagia,
walaupun kita bukanlah penyebabnya. namun, kalau kita sendiri yang buat
orang tu bahagia, of course la kita pun berlebih-lebih lagi suka.
Pertama, lelaki yang sedang jatuh cinta akan suka membuat perempuan yang
dia suka gembira dan bahagia. lelaki yang sedang jatuh cinta suka
mendengar pujaan hatinya ketawa walaupun perempuan itu suka menyakitkan
hatinya. suara yang macam hantu pun jadi merdu di telinga. tak kisahlah
perempuan itu suka berkasar dengannya. malah, dia memang tak kisah
bahkan lagi dia suka. sebab dia suka wanita itu apa adanya. yang
peliknya, kalau perempuan itu berubah lagi dia rasa tak selesa. dia suka
wanita itu begitu selamanya. kan mukmin? kih3
Ketiga, dia suka sangat bermesej dengan perempuan yang dia cinta. kalau
perempuan tu tak nak bermesej sebab berbeza telco, dia sanggup tukar
nombor telefon dia. baguskan? kalau perempuan tu buzy manjang dok online
sampai lupa untuk mesej dia, dia terasa hati. merajuk. dia sengaja
biarkan perempuan itu pulak yang mesej dia banyak-banyak kali. padahal,
rasa nak reply tu membuak-buak dalam hati dia. hahaha!!! :D
Keempat, lelaki yang sedang jatuh cinta suka bercakap dan berbual dengan
wanita yang dia cinta. dia suka kalau dapat on phone dengan perempuan
tu. walaupun dah bermesej hampir setiap masa, dia tetap nak bercakap.
tak kiralah banyak habis duit untuk topup pun. asalkan dapat cakap.
seminit pun jadi la. setakat say hye dan bai pun kira ok. dia sebenarnya
rindu nak dengar suara perempuan tu. jatuh cinta la katakan, mana boleh
lari dari merindu. eceyh :P
Keenam, lelaki yang sedang bercinta tidak suka kalau perempuan yang dia
suka risaukan dia. mula-mula dia rasa gembira sebab dia tahu perempuan
itu ambil berat, tetapi hanya setakat itu. dia tak suka perempuan yang
dia suka bimbang, tak tenang sebab dirinya. bila cakap pasal benda yang
merisaukan, cepat saja dia tukar topi. dia janji tak nak gitau papa dah
kat perempuan tu. padahal perempuan tu risau sebab perempuan itu peduli.
grrr!
Ketujuh, lelaki yang jatuh cinta juga pantang kalau perempuan itu buat icon yang sedey dan sadis. dia takut
pompuan tu merajuk, denda dia dengan mogok tak nak cakap sebab hari dia
mesti gloomy tanpa mesej daripada pompuan tu. contohnya : ( ataupun =( ataupun : < ataupun = < terus dia risau. dia nak smiley camni jer : ) ataupun : > ataupun = ) ataupun = >... smiley je pun, kih3
Kelapan, lelaki yang sedang jatuh
cinta pantang tahu, melihat atau mendengar perempuan yang dia suka
menangis. terus dia rasa nak cari orang yang buat perempuan tu sedih.
kalau diri sendiri yang buat pun dia dah rasa nak hantuk kepala sendiri,
apatah lagi kalau orang lain yang buat. grrr! mula la dia rasa nak
bertukar jadi Hulk hijau!!!

No comments:
Post a Comment