Followers

Monday, 12 January 2015

Aku Bukan Sumayyahmu!

Suamiku, bunga semalam telah layu,
Gugur daripada jambangannya 
Mujur cinta dan perjuangan kita 
Bukan itu lambangnya 

Mulutku kaku untu merayu 
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu 
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah 
Senyuman dan seri wajah 
Pudar dan hambar di matamu 
Padaku yang baru belajar 
Menjadi seorang mujahidah 

Aku kini hanya mendoakan 
Agar kau menjadi Yassir 
Walau kiranya... bukan aku 
Sumayyahmu

Dalam tangis kucuba senyum ketika 
kau bermusafir 
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim 

Bila selalu kita berpisah 
Selalu derita kerap susah 
Kerana syurga menagih ujian berat 
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

Teruskan perjuangan Rasulullah 
Teruslah berdakwah ke jalan yang diredhai oleh ALLAH SWT 

DAKWAH MENGIKUT RASULULLAH 
AL-QURAN DAN SUNNAH MENJADI PEGANGAN UMAT 

Ikhlas dari hati Zakiah Hanim binti Gani dan Zaliha

No comments:

Post a Comment