Followers

Thursday, 3 July 2014

Tazkirah Ramadhan

Home » BERITA » Tazkirah Ramadhan: 10 Perbuatan Baik Tapi dianggap Sia-Sia


Tazkirah Ramadhan: 10 Perbuatan Baik Tapi dianggap Sia-Sia

ramadhan Tazkirah Ramadhan: 10 Perbuatan Baik Tapi dianggap Sia Sia
Tazkirah Ramadhan: Menurut At Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkenal, terdapat10 perbuatan baik tapi dianggap sia-sia jika dilakukan:
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak dipohonkan doa untuk kedua ibu bapanya dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi tidak membacanya secara tertib sekalipun sehingga 100 ayat setiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa menunaikan solat Tahiyyatul Masjid.
4. Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk ke satu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar dari kota tersebut tanpa mendirikan solat Jumaat.
6. Orang yang tinggal di satu lingkungan bersama ulama’ , tetapi ia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuannya.
7. Dua yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya, atau mengambil tahu tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Orang yang mengundang seseorang sebagai tetamunya, tetapi tidak dilayan tetamu tersebut dengan sebaiknya. (bersifat acuh tak acuh).
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan dengan kenyangnya.
Semoga dengan sedikit tazkirah ramadhan ini mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga ia menjadikan kita lebih tawaduk dan menginsafi kesalahan silam. Wassalam….

No comments:

Post a Comment