KISAH MENGENAI ZAINAB
Ummul Mukminin, Zainab r.a adalah sepupu Rasulullah S.A.W. Beliau telah memeluk agama Islam di awal perkembangan agama itu. Beliau telah berkahwin dengan Zard seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W., Zard kemudiannya telah diambil oleh Rasulullah S.A.W sebagai anak angkatnya, dan beliau telah dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Di sepanjang perkahwinan beliau dengan Zainab, dia tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan Zainab dan akhirnya mereka bercerai.Menurut adat istiadat sebelum kedatangan Islam, seorang anak angkat dianggap sebagai anak sendiri. Dengan itu seorang janda atau isteri yang telah diceraikan tidak boleh berkahwin dengan bapa angkatnya.
Rasulullah S.A.W berhasrat hendak membasmikan adat yang tidak beralasan ini dan baginda telah memberitahu Zainab mengenai cadangannya untuk berkahwin. Apabila Zainab r.a telah menerima cadangan itu beliau pun berkata: "Biar aku memohon nasihat dari Allah."
Beliau kemudiannya mengambil wudhu lantas mendirikan sembahyang. Tindakannya itu telah benar-benar dirahmati Allah dengan itu Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W.
"Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya(menceraikan), kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluan daripada isterinya. Dan ketetapana Allah itu pasti terjadi".
Apabila Zainab r.a telah dikhabarkan mengenai berita yang gembira itu yang mana Allah telah mengizinkan perkahwinannya dengan Rasulullah S.A.W. dan telah mewahyukan sepotong ayat, maka beliau telah memberi segala barang-barang permata yang dipakainya ketika itu kepada orang-orang yang mengkhabarkan berita tersebut kerana beliau benar-benar puas hati dengan keputusan itu.
Zainab r.a adalah seorang perempuan yang soleh. Beliau seringkali berpuasa dan rajin mengerjakan sembahyang. Beliau mencari nafkah dengan usahanya sendiri dan segalanya diperolehi dibelanjakannya pada jalan Allah.
Pada ketika Rasulullah S.A.W hampir-hampir wafat isteri-isteri baginda telah bertanya kepadanya:"Siapakah diantara kami yang akan menyusuli engkau dahulu?"Sabda Rasulullah S.A.W.:"Salah seorang dari kamu yang mempunyai tangan yang panjang."
Lantas mereka pun mengukur tangan di kalangan mereka dengan sebatang tongkat. Walau bagaimanapun akhirnya mereka dapati tangan yang panjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W itu adalah perbelanjaan yang sebegitu mewah dengan hati yang ikhlas.
Dari itu Zainablah yang pertama kembali menyusuli Rasulullah S.A.W.
Barzah r.a meriwayatkan: "Umar r.a telah memutuskan untuk membayar wang sagu hati (elaun) tahunan kepada Ummul Mukminin dari Baitulmal. Beliau telah menghantar sebanyak 12,000 dirham kepada Zainab r.a dengan perantaraan sebagai bahagiaanya. Zainab r.a telah menganggap bahawa semua bahagian itu adalah untuk mereka semua dan berkata kepadaku, "Sepatutnya Umar telah menyuruh salah seorang di kalangan beliau membahagikan wang ini". Aku berkata, "Ini adalah merupakan pembahagian tahunan untukmu seorang". Kemudia beliau telah menyarankan supaya dicampakkan wang itu dipenjuru di dalam bilik dan menutupi dengan sehelai kain. Setelah itu beliau menyebut nama-nama beberapa orang miskin, janda-janda dan sanak-saudaranya dan telah menyuruh aku membahagikan sejumlah kecil kepada setiap mereka itu.
Setelah membahagi-bahagikan sebagaimana dikehendaki oleh beliau, baki wang itu masih berada dibawah tutupan kain itu. Aku telah diselubungi dengan perasaan yang ingin memperolehi sesuatu untuk milik sendiri. Beliau telah berkata: "Ambillah untukmu yang selebihnya". Aku telah menghitung wang tersebut dan mendapati jumlahnya adallah lapan dirham. Kemudian beliau telah menadah kedua-dua tangannya seraya berdoa dengan berkata: "Ya Allah! Jauhkanlah wang ini dariku kerana ia akan menyebabkan godaan kepadaku."
Apabila Umar r.a menyedari apa yang telah beliau lakukan terhadap wang itu, lalu beliau telah menghantar kepada Zainab r.a 1,000 dirham lagi untuk keperluannya sendiri tetapi itu pun telah dibelanjakannya dengan sekelip mata sahaja.
Sungguhpun pada ketika itu merupakan bahagian yang terakhir dari hayatnya di mana orang-orang Islam ketika itu sedangan menguasai kawasan demi kawasan dan harta kekayaan sedang melimpah di dalam kota Madinah, namun begitu beliau tidaklah meninggalkan wang ataupun sesuatu harta kekayaan yang lain sesudahnya kecuali hanya sebuah rumah untuk didiaminya. Beliau telah dikenali sebagai Mawa-al-Masakin(tempat perlindungan dikalangan orang-orang miskin)kerana perbelanjaangya yang begitu mewah sebagai dermawan dan bermurah hati.
Seorang wanita meriwayatkan: "Aku dan Zainab r.a sedang mewarnakan pakaian kami dengan warna kuning tua. Rasulullah S.A.W telah masuk ke dalam, sejurus kemudian baginda keluar semula apabila melihat kami sedang sibuk dengan pencelupan itu. Zainab r.a telah terasa kemungkinan Rasulullah S.A.W tidak suka dengan pencelupan kami disebabkan oleh warna itu. Beliau lantas mencuci kesemua pakaiannya yang dicelupi itu sehingga menyebabkan warna itu luntur."
Setiap kita sudah mengetahui mengenai kasih dan kesukaan para wanita kepada wang dam warna-warna. Tetapi lihat perawakan yang dimiliki oleh para wanita ini yang mana mereka akan menolak wang yang diberikan kepada mereka dan bersedia melenyapkan mana-mana warna walaupun Rasulullah S.A.W. tidak melarangnya, tetapi baginda hanya tidak berkena saja.
Zainab r.a meningal dunia pada tahun 20 hijrah ketika umurnya 50 tahun dan orang yang mengimamkan solat jenazahnya ada Umar r.a.
No comments:
Post a Comment