Followers

Wednesday, 21 December 2011

AIR MATA KASIH 

NORHAYATI BERAHIM

Sinopsis

TRAGEDI 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakhrulrazi.
Kerana tingkah seorang perempuan,dia menyimpan dendam pada perempuan.
Baginya,perempuan sedang mendatangkan bencana.
Oleh itu,timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya.
Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah.
Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

   Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya.
Dengan air mata, dia meneruskan kehidupannya tanpa kasih sayang dan perhatian lelaki itu.Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!

   TUHAN menurunkan 'petunjuk'  bila Fakhrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island,Australia.FAS Holding milik Fakhrulrazi menjadi rebutan rakandan saudara mara.
Akhirnya,Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam,benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun, usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakhrulrazi kembali!

Di manakah Farah Diba selepas ini?
Adakah dendam itu terus menjadi hitam?
Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!





No comments:

Post a Comment